February 18, 2019

Cabut gigi bongsu

Gigi bongsu sakit dah banyak minggu da. Hari ni gi terus nak cabut. Cabut di klinik gigi kerajaan dalam pulapol...

Kene bius 4kali ada rasa sakit sikit je masa tu jangan risau sakit sikit sgt rasa... Sakit pada tahap skala 1-10 aku bagi sakit pada skala 1 je..Kemudian doc akan suruh keluar bagi kebas tu terasa... Dah kebas separuh mulut tu masuk utk sesi cabut. Nk cabut tu x sakit da x rasa pape. Tau2 sikit2 doc keluarkan gigi berbetuk besar dan serpihan2 pn ada..

Mcm kes aku da cabut semua tinggal akar masih tertinggal 1. Tp time tu doc nk cabut doc pegang je aku da mula sakit. Jadi doc tangguhkan doc akan cabut selepas bengkak surut.. Doc sarankan balik dulu. 

Gigit la kapas dpt mc 1 hari dengan perkhidmatan pulak percuma... Takde jahit2 xtray2 x susah sgt sakit pun dari skala 1-10 aku bg 3 je tu pn time2 yg aku cite kt ats tu sakit. Berbanding sakit kalau aku tak cabut gigi bongsu tu aku sakit tahap skala 8...hehee

Boleh bayangkan x? Harap membantu korang yang sakit gigi bongsu tapi takut nak gi clinic... 



February 11, 2019

Dah kahwin ke belum?



"Dah kahwin ke belum?"
Bagi aku kalau lelaki di ofis ke mana-mana tanya soalan ni. Aku anggap tu adab. Beradab je sama macam soalan puan ke cik?

Ada perempuan lain tak selesa cm ewww gatal nak ngorat i bini orang tau!!

Hahaha kalau aku. Aku ok je aku relax je x gelabah la aku boleh fikir positif terus aku akan jawab panggil puan...

*kalau aku mulakan perbualan dengan perempuan aku terus panggil cik. Tak berani terus panggil puan takut2 x kahwin lagi lansung perbualan berbaur emosi nanti hehe"


January 13, 2019

Misi rumah

Saya tak tau knp email tu pi tukaq ke email husband.
Pastu x boleh login balik pakai email sendiri da.

#misirumahke3


Tahun2018 tu tahun terbaik la kira. Bulan 1 dapat panggilan kerja gov. Setelah 7 kali interview..

Perancangan asal keluarga nak berhijrah ke kg kami pilih perak. (Kalau aku punya cita2 nak pilih Langkawi haha). Jadi sebelum aku dapat kerja kami da beli rumah di perak. Tuptup perancangan tu 150 darjah berubah apabila aku dapat kerja kerajaan negeri wp. Mau pencen sesama la laki bini di bandar ni..

Rumah ke 2 di perak dah submit loan lppsa nak tak nak kene teruskan.

Misi ke 3 ni rumah di kl untuk tinggal lebih selesa di rumah sendiri... Semoga dipermudahkannn......

Yang penting kami senyum je nmpak mudah je kan sebut misi2 dok bilang beli rumah padahal dia punya risau nak uruskan kewangan tu orang tak tau.....

*extra pengalaman dan pendapat
Nak beli rumah guna bank loan (rumah sebelum ni guna LPPSA)

1. Sebelum nk booking untuk beli boleh bawa slip gaji suami isteri 6bulan di bank2 untuk survey berapa layak pinjaman.
2. Ot dikira kalau ot kita nilai konsisten setiap bulan
3. LPPSA layak untuk yang TETAP & SAH JAWATAN
4. kalau bank loan kalau nilai rumah 200k atleast kene ada cash RM30k. 10% + lawyer
5. Maybank interest paling tinggi.
6. Rasa macam dalam banyak2 public bank macam ok.

Saya budak baru belajar beli rumah. Kalau ada info lagi share ye....

January 1, 2019

Tahun baru 2019

Azam nak pipi zaman dulu berserta baju bersize s

Dan menanti hobi apa yg menyusul lepas ni 
Kita x marah kita tanya je haha
Jom beli almari cantik i nak buat display...




Aquaman - MX4D

Kt KL ni ada di Starling Mall Damansara je 1. Harga tiket Rm29.95. Seat x banyak ada 4 baris jer tapi jarak jugak dari screen.. Dia punya goyang kerusi x kuat boleh makan boleh minum pasal x kan terbalik popcorn tu.. Hehe kami siap tanya boleh makan x kat kaunter tu... Kami tengok cite Aquaman kami da dok bayang banyak air ni cite dalam air mesti basah hihihi percik air tu cuma tang muka macam sembur2 gitu sekali dengan angin.... Kalau tang berlawan kene tumbuk tu kerusi tu jadi macam kerusi urut masuk duit kat mall tu.. 


October 7, 2018

Sym 250 abang..

Jangan x tau moto ni mampu sampai ke perak hehe


Dah sampai lepas 3jam hehe
Berbekalkan GOPRO atas kepala dapat la ambil sedikit video sepanjang perjalanan



2 Oktober 2018
~ Teluk batik

August 24, 2018

Dalam baca blog2 ni saya lebih suka yang isinya santai untuk dibaca.. Tentang diri dan pengalaman.. Baca x boring dan byk nak di comment hehehe


Kami ke genting outlets..
Kedai2nye bg saya tak berapa menarik. Foodcourt pun tk meyakinkan utk makan sb ada tulis NO PORK je.... bersebelahan dgn foodcourt tak halal pulak tu.
Jalan2 hirup udara sejuk ok. Theme park semua x siap lg.. Harap bila da siap jgn la mahal mahal ye




August 12, 2018

*umur da 25++ tp perasaan masih muda... Secara amnya ak baru berkerja dalam sektor awam agak kejutan sikit sb da lama keje swasta suasana cina. Cina xde kata ganti diri mcm kakak abg makcik pakcik. Biasa i you je..
Memula masuk ada segelintir perempuan dalam pejabat ni dalam golongan 45++. Terus mulut ak ni panggil dorg makcik. Tp dorg sentiasa bahasakan diri akk. Ak pn rasa x sesuai pgil makcik sb ak bkn 17thn (time sekolah semua org tua makcik pkcik) skrg ak pn pndai pgil akk.

Tapi bab laki klo sebaya ayah ak ni.. Mm msh pgl dorg pkcik haha or nama klo x berapa tua.. Pnh jgk kwn ak tegur suruh pgil abg la...waaaaaa cannot abg geli.. Tk tau knp.....

May 12, 2018

Repair gelang Pandora putus....




Gelang pandora putus.. apa nak buat???
Pandora kat Malaysia ni x tawar kan service repair tak kira korang nk bayar sekalipun. kalau putus pn kalau dalam tempoh warranty 1tahun. Dia terus akan ganti baru..

Korang terus call HQ pandora di Ampang Point cite sikit. Dorang memang nak resit untuk apa2 permintaan customer.. Sebab aku ada tny org lain yg ada mslh sama yg direct comment kt page pandora. Semua ckp takkan dilayan kalau xde resit. Dorang terus repair di kedai silver tp yg x best akan cacat sikit kat part yg terrputusss...

Kesimpulannya, aku terus call HQ ampang point Pandora. Cakap elok2 ada sorang staff ni sgt baik setuju nk tlg tnpa ada resit. Sbb aku ckp mana nk dpt resit sy beli 4tahun lepas... nama staff Aina. Cuba korg nanti terus sebut nama dia hahahaha bila nk repair tu tauuuuuuu

3hari je siap dengan perkhidmatan tu adalah percumaaaaa

April 7, 2018





Sampai kg tertido atas sofa di ruang tamu. Dalam 15minit gitu terjaga kedengaran suara makcik pakcik sepupu sepapat rancak berbual riuh rendah. Rupaya ateh lang acik angah semua da sampai..
Nak tanya, Masih ada lagi x suasana mcm tu?

April 5, 2018

Rockbund fishing chalet


Rockbund fishing chalet
Marina island, lumut perak.
1 mlm RM 371 (RM 350 + RM 21 gst)
2 bilik setiap bilik ada 2katil single + ruang tamu ada tv bersama 4biji kerusi plastic boleh buat santai2 duduk luar. Kat sana mmg keje usung kerusi plastik tu sana sini hehe
Bersama mil fil... 






Harga termasuk sarapan untuk 4org. Makanan tak byk sgt tp sdp2 belaka kopi dia umppp sgt dan view nk makan adudududu cantik sgt...




Bagi saya cantik la tempat ni. Tk perlu seberang ke pangkor kt lumut pn boleh dapat view cm ni... Ha tempat ni mengadap pulau pangkor. Ada la time2 ferry akan lalu depan ni ada gak kapal TLDM lalu tp di awal pagi x perasan pulak masa tu... Kira mcm setiap untuk 2 buah rumah kot diantara nya ada pelantar utk pancing ke duk santai2 ke. Kerusi tu sila angkut dr dlm rumah.. Kongsi2 la. Tp masa ni kitaorg pergi jumaat sabtu. Jumaat x ramai. Sabtu ramai atas pelantar tu korang kene kongsi2. 

Santai2 tkde aktiviti sgt boleh sewa basikal @ berbq. Untuk kaki pancing tempat ni kira syurga utk kaki pancing. 







Cabut gigi bongsu

Gigi bongsu sakit dah banyak minggu da. Hari ni gi terus nak cabut. Cabut di klinik gigi kerajaan dalam pulapol... Kene bius 4kali ada ra...