May 28, 2014

nak menunjuk apa itu rasa..

Aku akan pilih cinta bersama family... Rasa itu akan datang selepas kita mendapat restu ibubapa. InsyaAllah :)

Alhamdullilah hantaran semua da siap beli tinggal nak hanta pi gubah.


"Menyayangi seseorang yang belum HALAL untuk kita mungkin boleh bahagia TAPI menyayangi seseorang yang HALAL buat kita jauh lebih bermakna dan bahagia".
aku memilih untuk berkahwin walaupun aku baru kenal dia seminggu jumpa dia 2kali terus aku terima pinangannye. dan skrg da 2bulan 19hari aku jadi tunang dia.. Walaupun sudah sampai tahap bergaduh sampai koyak document dan sijil kahwin terbelah dua.. tapi Alhamdullilah hubungan tidak terbelah lagi..
InsyaAllah akan menikah pada hujung bulan depan :)

May 15, 2014

Liebster Award by Strider Buzz

Sebenarnya sy tak tahu sangat apa NI.. sy jawab soalan yang diberi je kot kan ? :p

1) Berapa umur korang ketika korang menulis entry ini?
22 tahun 1bulan 22 hari.. (ambil calendar kira nak tepat punya umur) Hihihi

2) Kalau diberi peluang menjadi menteri (selain PM) portfolio menteri mana yang korang berminat?
Menteri pelancongan.

3) Kalau diberi bakat berlakon atau menyanyi, yang mana satu korang akan kejar?
Berlakon.

4) Pasangan ajak date, Karaoke atau Movies?
movies. karaoke pergi ngan kawan kot sesuai.. 

5) Selain daripada blog, media social apa lagi yang korang suka guna?
-instagram melihat keindahan ciptaan Allah bila tgk gambar org selfie hehe 
-twitter boleh busy body sebab sesetengah org guna kan twitter tempat luah hal peribadi /perli org berbanding facebook ni org tak luah perasaan.. 

6) Tempat luar negara yang paling best korang pernah pergi?
insyaAllah nanti pergi. skrg takde lagi..huhu

7) Pernah tak menyesal buat sesuatu?
"manusia tak pernah lari daripada buat silap. dan manusia ni tak de yang sempurna "
pepatah tu da cukup menggambarkan yang ada banya sangat perkara yang aku rasa menyesal sebenarnya :(

8) Inspirasi nama blog korang
diri sendiri 

9) 3 perkara mengenai korang
-nak masa untuk berehat
-nak kuruskan badan
-nak buat majlis kahwin elok-elok, cantik-cantik biar sempurna..

10) Siapa yang mula mula menjadi inspirasi untuk korang buat blog?
diri sendiri 

11) Pendapat ikhlas mengenai blog aku.
err blogger yang saya akan kaitkan dgn KG BARU hehe


Terima kasih sudi tag saya Strider Buzz


May 14, 2014

waaaaaaaaaaaa sangat mengantuk !! tongkat dagu pejam sat jer dah tersenguk-senguk aku layan nak lenaaaa ni .....

May 12, 2014

Apa beza rasa nak kahwin dengan rasa bercinta?

1 : kalau bercinta tuh kalau marah jerit sekuat hati "PUTUS" lepas tu patahkan sim gi tepi tingkap baling sim jauh jauh... Memang tak fikir panjang dah..

bila lagi 4bulan nak kahwin. bergaduh nak sebut putus pun bunyi nye samar-samar jer apatah lagi nak patahkan sim buang. gaduh 5 minit jeee bila gaduh memasing hanta gambar parents gambar cincin.. sycho diri masing-masing.. HAHA

2 : kalau bercinta boleh la makan coklat dip & dip... movie setiap minggu.

bila nak kahwin keluar gi dating rumah parents je makan ngan bakal mak abah.. HAHA ada 2 point la aktiviti kat situ 
1 memang nak jimatkan duit 
2 nak sesuaikan diri ngan mak abah masing-masing ;p

3 : kalau bercinta malu nak bawak jumpa ahli kelurga sgt la. bukan pe takut tak jadi. tak kan nak bawa 10calon? bertukar ganti...

bila dah nak kahwin ni saudara jumpa tak tanyaa kita dulu tanya "mizi mana mizi" HAA besar pengaruh tunang aku ni...hehehe

4 : bercinta selindung perangai sebenar selagi boleh

bila dah nak kahwin ni sedaya upaya nak bagitahu sifat sebenar, situasi sebenar, perkara sebenar semua yang benar benar belaka... supaya bila dah kahwin tak la terkejut pasangan kita nanti :)





mak abah melawat mak abah mizi. Semua pengalaman aku ngan dia adalah pengalaman pertama buat aku. aku hargai seperti mana kau hargai aku. 

Semoga Allah kekal kan rasa kasih sayang kita dan dikekalkan jodoh kita bersama... Amin...

Jadi sesapa yang sedang bercinta tu kahwin laa.. tak syok mana bercinta ni.. aku doakan bertemu jodoh untuk semua orang :)

Sym 250 abang..

Jangan x tau moto ni mampu sampai ke perak hehe Dah sampai lepas 3jam hehe Berbekalkan GOPRO atas kepala dapat la ambil sedikit vi...