February 24, 2016

Tak sabar aih cek nk pi honeymoon esok heeee

Fikiran orang muda2 ni kalau kahwin awal asal cuti je nak jalan. Nasib cuti selalu tak sama. Jd byk masa dihabiskan di rumah. Dan byk masak dan makan dirumah juga. Bila dtg peluang cuti sama sama. Maka nikmatilaaaaaaa......


February 12, 2016

Cuti sekolah jalan tak jem?

Apa kaitan cuti sekolah dengan kesesakan jalan raya? Aku pun tak paham... merasa la aku sehari ni lalu mrr2 15minit je sampai opis.

Cuti tahun baru cina

Kat 1utama makan steamboat johny 3org sorg budak RM 93.40. Bayar pun pejam mata la. Duk bandingkan kalau aku pg holiday lagi mahal ni (sedapkan hati) tp makanan sedap jd ok sekali skala.

Kemudiam keluar 1utama pergi ke putrajaya singgah ke ioi mall. keluar masuk kedai-kedai tersangkut kat monopoly ni hehehe teruja tgk main tak payah pakai cash pakai card swap2. 

keluar ioi mall tuju ke taman botani untuk beriadah petang berbasikal pusing taman. Tapi hampa sebab setiap HARI SELASA takde perkhidmatan sewa basikal. Jika nak berbasikal juga sila ke wetland tak jauh dr taman botani tu. Sewaan bermula dari RM 10.90-15.90 sejam. Dari 7pg-7ptg. Tp lagi sekali kecewa basikal cuma ada beberapa buah je pastu kita terpaksa menunggu sejam sekali untuk sampai turn kita. Lepas da tunggu sejam stgh penyewa yang sepatut nya sewa sejam tetiba TANPA KHABAR BERITA BASIKAL YG DITUNGGU HAMPIR SEJAM STGH TU telah ubah fikiran untuk panjangkan masa sewaan tanpa sebarang notis. Putus asa dan balik dengan peluh menunggu bukan peluh mengayuh hehe Kesimpulannya pergi la putrajaya selain hari SELASA JIKA NAK BERBASIKAL DI TAMAN BOTANI SAHAJA sebab banyaj basikal di sana lebih dr wetland.


February 5, 2016

Harga yang terlalu mahal (part 2)

Minggu ni aku ke pasar malam yg sama. Aku pilih makanan yg harga tetap.
Laksa : RM 3.50
Nasi ayam : RM 4.50
Cukup serik da nak ambil makanan berlauk takut harga dicas mahal.
Kalau ke pasar malam ni aku mmg semua benda nk beli haha tapi time ekonomi baik. Skrg pandai lak nafsu ni berjimat jimat. Hahaha alhamdullilah
Semoga kita semua berada dalam lindungan-NYA. Amin

February 4, 2016

Harga yg terlalu mahal

Minggu lepas pg pasar malam beli nasi kerabu + ayam goreng kunyit kecik (bukan besar mcm ayam nasi kukus)
Harga : RM 9.50 (dulu RM 7)
Kemudian esoknye beli nasi ambeng letak daging sekeping.
Harga : RM 8.00 (dulu RM 6)

YaAllah kenapa dengan dunia skrg ni terlalu mahal. 

Tu kali terakhir aku beli kat situ. 

Sym 250 abang..

Jangan x tau moto ni mampu sampai ke perak hehe Dah sampai lepas 3jam hehe Berbekalkan GOPRO atas kepala dapat la ambil sedikit vi...